22 April 2010

Hari Ganti Persekolahan dan Kem Solat

LiveJournal Tags:

Adalah dimaklumkan bahawa hari Sabtu, 24 April 2010 merupakan hari ganti untuk cuti Hari Raya Aidilfitri. Sehubungan dengan itu, tuan/puan hendaklah menghantar anak tuan/puan ke sekolah seperti biasa.

Pada hari itu juga, murid-murid tahun 1 hingga 4 akan mengikuti kem solat yang akan dikendalikan oleh guru-guru SK CBN1 sendiri. Murid-murid dikehendaki hadir dengan pakaian baju kurung sekolah dan bertudung.

Murid-murid moral akan mengikuti aktiviti moral yang telah dirancang oleh guru-guru Panitia Pendidikan Moral.

Makanan tidak disediakan dan murid akan berhenti rehat seperti biasa iaitu pada pukul 10.05 pagi. Sekolah akan ditamatkan pada pukul 12.00 tengah hari.

Sekian.

No comments:

Post a Comment