1BestariNet – Frog VLE

URL VLE FROG SK CBN 1:

 https://wbb0048.1bestarinet.net/

**** gunakan GOOGLE CHROME SAHAJA

 Bagaimanakah Frog VLE mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran?

Di bawah projek 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapkan dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pentadbiran dijalankan melalui Frog VLE, yang boleh diakses di sekolah atau di mana juga, dengan adanya sambungan Internet.
Frog adalah ringkas, mudah digunakan dan direka untuk membawa dunia pengajaran ke satu tahap baru. Beri tugasan dan ikuti kerja-kerja dan markah pelajar, hasilkan sumber pengajaran, beri maklum balas kepada pelajar dan gunakan forum untuk menggalakkan pelajar berbincang dan berkongsi pandangan. Rancanglah masa anda dengan lebih baik dengan menggunakan kalendar, yang membolehkan anda melihat, membuat, menyertai atau memasukkan acara.Maksimumkan masa dan mulalah merancang dengan kalendar, buatlah kerja dan ikuti perkembangan markah pada setiap masa, di mana jua, peribadikan laman utama anda, muat naik dan simpan fail-fail di dalam Frog, dan berkomunikasi atau kongsikanlah idea-idea anda dengan rakan sekelas atau guru melalui forum.Ikuti perkembangan acara sekolah, laporan PIBG dan notis sekolah dengan menggunakan kalendar dan papan notis sekolah, temui semua butiran perhubungan yang anda perlukan di halaman Contact School dan muat turun borang kebenaran dan dokumen-dokumen penting lain mengikut keselesaan anda.

Bagaimana log masuk

ID Yes 1BestariNet untuk daftar masuk tunggal yang diberi oleh Pentadbir Frog VLE sekolah akan membolehkan anda mengakses Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE). Setiap sekolah mempunyai URL yang tersendiri untuk tujuan log masuk. Untuk mendapatkan alamat URL sekolah anda, sila klik di sini.


Langkah-langkah untuk Log Masuk ke VLE FROG
1. Buka Google Chrome dan sila taipkan alamat VLE sekolah anda ke dalam bar URL.Alamat URL untuk SK Convent (1) Bukit Nanas : https://wbb0048.1bestarinet.net/
2. Taipkan ID Yes 1BestariNet dan kata laluan yang telah diberi oleh Pentadbir Frog kepada anda dan kemudian, klik ‘Login’.
3. Jika ini adalah kali pertama anda log masuk, terma dan syarat akan dipaparkan. Anda perlu menggunakan bar skrol di sebelah kanan anda untuk membacanya secara penuh. Anda mesti mengklik kotak semak dan kemudian mengklik butang ‘Accept’ untuk meneruskannya.
4. Kini anda sudah pun bersedia untuk memulakan perjalanan Frog anda!


VLE Frog Untuk Ibu Bapa

 

CARIAN USER ID DAN PASSWORD VLE FROG UNTUK IBU BAPA

Makluman kepada semua ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar SK  Convent (1) Bukit Nanas. Untuk pengetahuan semua, SK CBN1 telah menggunakan satu platform pembelajaran alaf baru yang dikenali sebagai 1BESTARINET VLE FROG. Platform ini membolehkan murid, guru dan pelajar untuk mengakses platform pembelajaran secara dalam talian. Untuk makluman ibu bapa, pada masa ini para pelajar  sedang  diberikan kursus secara berperingkat berkaitan dengan VLE Frog yang akan digunakan oleh mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Ibu bapa dan penjaga juga boleh mengakses laman pembelajaran ini dengan mendapatkan  USER ID dan PASSWORD dengan mengikuti langkah-langkah yang berikut:
** Sila gunakan GOOGLE CHROME SAHAJA

1. Sila ke laman web https://www.yes.my/v3/1bestarinet.do dan klik ke 1Bestarinet.
VLE L1








3. Sila masukkan NO KP dan NAMA PENUH pada ruangan yang disediakan. Klik Search. Jika nama anda terdapat dalam senarai, maka Nama, No KP, No telefon dan YES ID akan dipaparkan. Sila ikuti arahan seterusnya dengan memasukkan alamat e-mel dan nombor telefon yang sebenar. Kemudian klik UPDATE. Password anda akan dihantar secara serta merta ke telefon bimbit anda.
picture3



4. Kemudian, untuk mengakses platform 1Bestrinet VLE Frog SMK SS, sila gunakan pelayar web Google Chrome. Taipkan URL ini https://wbb0048.1bestarinet.net
picture4
5.Masukkan YES ID dan PASSWORD anda. Kemudian klik Log In

Semak Tugasan Murid dalam VLE FROG

1.  Klik pada Quick Launch -> My Child Work
frog 1

2.  Klik pada tugasan yang diberikan untuk semakan
frog 1

TRAINER’S GUIDE

Sila dapatkan Trainer’s Guide terbaru versi Jun 2013.
Klik Quick Launch > Learn Centre > klik tab Trainer’s Guide…bahan sedia utk dimuat turun.

Selamat mengembara rakan2 1BestariNet VLE frog…Pembelajaran Alaf Baru Bestari

Dongle For Windows 8

Panduan Video VLE
panduan untuk Admin:

Sebarang pertanyaan sila hubungi helpdesk VLE FROG:

Helpdesk 1bestariNet :
018-7998787

No comments:

Post a Comment

Post a Comment