Telah dijayakan pada hari Sabtu, 24 April 2010. Walaupun kehadiran murid agak tidak memuaskan, namun program yang telah dirancang, berjalan dengan lancar.
Antara murid yang hadir pada hari Sabtu.
Murid-murid Tahun 1 hingga 3 telah melalui sesi hafalan niat-niat solat, surah-surah lazim dan turut mempelajari kaedah mengambil wuduk dan doa-doa yang berkaitan.
Murid-murid Tahun 4 pula telah mengikuti amali solat, manakala murid-murid Tahun 5 dan 6 mengikuti kelas PAFA.
Sesi menghafal niat solat.
Sesi temuduga...dah hafal ke blom lagi nih?
Belajar kaedah berwuduk.
Kem Solat yang kedua akan menyusul selepas ini untuk memastikan anak-anak didik ini benar-benar dapat menghayati dan mengamalkannya.
No comments:
Post a Comment