Masa : 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
Penglibatan : 200 orang murid dari tahun 1 hingga 5.
Anjuran : Institut Sukan Negara
Dimulakan dengan guru-guru terlibat mengisi borang maklumat murid,
Puan Haslina sedang mengisi borang
diikuti dengan mengambil ukuran tinggi dan timbangan berat untuk murid-murid terpilih.Murid-murid kemudiannya akan melakukan kesemua empat aktiviti yang berikut:
1. Larian sejauh 20m
2. Larian ulang alik
3. Melontar bola keranjang sambil duduk
4. Lompat jauh setempat
Setelah selesai, murid-murid dijamu dengan sebungkus nasi ayam, sebiji buah epal dan sebotol air mineral.
Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama ibu bapa membenarkan anak-anak menyertai program ini.Sijil penyertaan akan diberikan kepada murid-murid yang terlibat.
No comments:
Post a Comment