01 January 2011

Hari Orientasi Tahun 1

Tarikh : 30 Disember 2010 ( Khamis )
Tempat : Dewan Putih
 

Seawal 7 pagi, ibu bapa/penjaga puteri-puteri bongsu CBN1 telah hadir ke sekolah untuk sesi suai kenal dengan pihak pentadbiran dan guru-guru, juga untuk membuat pembayaran yuran serta menerima buku-buku teks yang akan digunakan pada tahun 2011 ini.

Bacaan doa oleh Ustaz Hafizi Zahri memulakan sesi taklimat pihak pentadbiran kepada ibu bapa/ penjaga yang hadir.
 Para ibu bapa/penjaga yang hadir...


Murid-murid Tahun 1 akan mengikuti Program Transisi selama 2 minggu.

PROGRAM TRANSISI

Merupakan  program yang bertujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dari pendidikan tidak formal sama ada di rumah atau di prasekolah, ke pendidikan secara formal di Tahun 1 sekolah rendah.

Diharapkan diakhir program ini, murid-murid akan dapat menuesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan rakan-rakan baru dalam masa yang singkat.

Program ini juga diharapkan akan dapat meningkatkan minat dan tumpuan murid dalam mengikuti pelajaran yang sebenar tanpa menimbulkan banyak masalah di sekolah.
Sesi lawatan ke sekitar kawasan sekolah

 
 
Murid-murid menjalani ujian bertulis yang bertujuan untuk melihat tahap penguasaan dalam membaca, menulis dan mengira.

Warga CBN1 mengucapkan SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH kerana telah memilih CBN1. Kejayaan anda, kautamaan kami.

No comments:

Post a Comment