03 January 2014

Maklumat Program Hoki SK CBN1

Program ini merupakan program pembangunan hoki yang bermatlamat:
  • untuk memberikan pendedahan asas dan memberikan latihan kemahiran  sukan hoki kepada murid-murid tahun 1 hingga 4 SK CBN1,
  • untuk mempastikan pasukan hoki SK CBN1 mempunyai pemain pelapis yang berkemahiran tinggi,
  • untuk memupuk jatidiri dan semangat bersaing yang baik, dan
  • untuk membentuk semangat setiakawan, kemahiran berinteraksi sesama rakan-rakan dan semangat berpasukan dari usia yang awal

Penyertaan
Terbuka kepada semua murid tahun 1 hingga 4.

Bayaran penyertaan
Percuma

Kelengkapan
Kayu hoki dan shinpad (pelindung kaki) disediakan.

Masa dan tempat latihan
Untuk bulan Januari 2014, sesi latihan adalah seperti berikut:

Tarikh : Sabtu - 4, 11, 18 Januari 2013
Masa  : 3.30 PM berkumpul
            4.00 PM sesi latihan bermula
            6:00 PM sesi latihan tamat
Tempat: Stadium Hoki Kementarian Pelajaran Malaysia (STADIUM KPM), Lembah Pantai
             (Bersebelahan Institut Bahasa Kuala Lumpur)

Pakaian
  • Baju dan seluar KoKu (Baju biru dan seluar biru), dan jika tiada baju KoKu lagi, pakai seluar trek dan t-shirt.
  • Kasut sukan

Borang pendaftaran atas talianhttp://goo.gl/F6rCds

Sebarang pertanyaan                
Sila hubungi: Arief - 0132413057, ariefamron@gmail.com

No comments:

Post a Comment