15 April 2014

UJIAN PERMATA PINTAR UKM1


Ujian ini dijalankan mulai 1 Februari hingga 31 Mei setiap tahun. Ujian ini adalah sebahagian usaha pencarian dan pengurusan bakat yang dikendalikan oleh pusat ini dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pedidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Sekolah, dan Maktab Rendah Sains Mara. Terbuka kepada murid warganagera yang berumur 8 hingga 15 tahun.  Murid-murid Islam berumur 8 tahun yang mengambil ujian UKM1 ini akan dinilai juga untuk kelayakan Ujian UKM2 PERMATA pintar dan Ujian USIM1 Permata Insan nanti. Ujian ini adalah PERCUMA dan boleh diambil di sekolah, rumah dan lain-lain tempat yang mempunyai kemudahan Internet.Sila layari http://ukm1.permatapintar.edu.my untuk mengambil Ujian PERMATApintar UKM1.

 *Nota Penting:
  1. Bagi pelajar yang pernah mengambil ujian UKM1 pada tahun-tahun yang lepas, setelah memasukkan nombor mykad/mykid, anda hanya perlu mengemaskini maklumat pelajar, maklumat sekolah (jika berpindah sekolah) dan  maklumat keluarga (supaya pihak pengurusan PERMATApintar, KPM/JPN/PPD dapat menghubungi keluarga pelajar bagi urusan  ujian UKM2 dan tawaran ke program perkhemahan cuti sekolah).
  2. Ibubapa, penjaga atau guru dibenarkan membantu pelajar untuk memasukkan maklumat pelajar, sekolah dan ibu bapa atau penjaga sahaja.
  3. Pelajar yang menamatkan ujian boleh mendapatkan Sijil Penyertaan Ujian Pencarian Bakat UKM1 Tahun 2013.  Sila masukkan nombor mykad/mykid anda di laman web http://ukm1.permatapintar.edu.my.  Sila pastikan kod sekolah adalah betul  sebelum dicetak.

No comments:

Post a Comment