14 February 2010

Jasamu Dikenang

 
Puan Salliza Ali telah menamatkan perkhidmatannya di CBN 1, berakhir pada 12 Februari yang lalu.

Puan Salliza merupakan seorang guru yang sangat komited dengan kerjanya,
seorang guru yang disenangi serta disayangi oleh murid dan juga rakan-rakan sejawatnya. Seorang yang sangat bertanggungjawab dan bercita-cita tinggi.

Beliau telah bertukar ke SK Bandar Tun Razak dengan menjawat jawatan yang baru
iaitu sebagai pemangku Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

Semua warga CBN 1 mendoakan agar beliau lebih berjaya
dengan jawatan barunya itu.

SELAMAT MENJALANKAN TUGAS
di sekolah yang baru.

No comments:

Post a Comment