01 July 2010

Juara Negeri

Hasil titik peluh dan penat lelah para ibu dan bapa serta guru-guru dalam menguruskan segala keperluan untuk menyertai pertandingan ini, dengan berkat kesungguhan dan keazaman murid-murid diiringi doa rakan taulan serta semua warga pendidik, maka lahirlah sebuah lagi kumpulan juara, yang baru sahaja mengharumkan nama sekolah hari ini. 

Hari ini, 1 Julai 2010, pasukan Action Song SK Convent (1) Bukit Nanas telah dinobatkan sebagai JUARA PERINGKAT NEGERI dengan mengalahkan 19 buah sekolah lain diikuti rapat oleh SKBD.

Pasukan juara yang dianggotai oleh 16 orang murid Tahun 2 dan 3 ini telah dilatih oleh Puan Viola dan Puan Grace Lim.


Tahniah dan Syabas diucapkan. Moga akan turut meraih kejayaan cemerlang di peringkat kebangsaan nanti.

No comments:

Post a Comment