29 July 2011

PEMBERITAHUAN CUTI SEKOLAH BERGANTI

28 Julai 2011

Ibu/Bapa/Penjaga Murid,
SK Convent (1) Bukit Nanas
Kuala Lumpur

Dato/Datin/Tuan/Puan

PEMBERITAHUAN CUTI SEKOLAH BERGANTI

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.  Pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa sekolah akan bercuti pada 1 Ogos 2011(Isnin). Cuti sekolah ini bagi menggantikan hari persekolahan pada 2 Julai 2011(Sabtu), sempena Larian 1 Murid 1 Sukan.

3.  Sekolah akan dibuka semula pada 2 Ogos 2011 ( Selasa ).

4.  Perhatian dan kerjasama daripada pihak Dato/Datin/Tuan/Puan di dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan tugas;
N. VIMALA
Guru Besar,
SK Convent (1) Bukit Nanas
Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment