12 June 2011

Selamat Kembali ke Sekolah

Cuti pertengahan tahun sudah pun menemui penamatnya hari ini. Esok, bermulalah semester baru bagi semua mereka yang bergelar murid/pelajar sekolah.

Guru-guru SK CBN 1 mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua puteri SK CBN1. Diharapkan semester baru ini akan dapat membangkitkan semangat yang baru kepada semua warga CBN 1 terutamanya kepada murid-murid Tahun 6 yang akan menghadapi UPSR pada bulan September yang akan datang. 

Suka diingatkan bahawa peperiksaan UPSR akan berlangsung pada 13 hingga 15 September 2011

SK Convent Bukit Nanas 1 akan mengadakan acara Sukan Tahunannya pada hari Sabtu ini, 18 Jun 2011. Sehubungan dengan itu, semua murid dikehendaki memakai baju T-shirt rumah sukan masing-masing sepanjang minggu depan ini, untuk latihan sukan dan acara raptai.

Makluman terkini akan dikemaskini dari masa ke masa.

No comments:

Post a Comment