29 February 2012

SISTEM SMS InfoPIBG CBN ONE


Apakah sistem SMS InfoPIBG CBN ONE?
 
Program inovatif yang dibawa oleh PIBG CBN ONE untuk memastikan hebahan aktiviti dan informasi dari pihak sekolah sampai secara terus dan tepat kepada ibubapa/penjaga. Maklumat dalam bentuk SMS ini boleh diterima dan dibaca menggunakan telefon mudah alih pada bila bila masa, di mana jua.

Kenapa kita perlukan sistem ini?
 
Untuk rujukan, 99.7% pesanan SMS diterima dan dibaca oleh penerima. Oleh itu, penjimatan masa, ketepatan maklumat dan ketepatan penerima pasti berjaya dengan sistem SMS ini.  Dengan adanya sistem ini, maka tiada lagi masalah surat-surat yang tidak sampai kepada ibubapa penjaga.

Bagaimana sistem ini berfungsi?
 
Segala maklumat dan hebahan dari pihak sekolah kepada ibubapa/penjaga akan dihantar kepada sistem SMS InfoPIBG CBN ONE.
 
Seterusnya, sistem akan memilih senarai penerima mengikut demografi pelajar yang dipilih (seperti mengikut tahun, persatuan, rumah sukan, persatuan dan lain-lain) dan maklumat akan dihantar dalam bentuk SMS kepada ibu bapa  penjaga.

Sistem ini bertindak sebagai satu alternative tambahan kepada hebahan maklumat secara konvensional melalui surat menyurat yang dipraktikkan oleh pihak sekolah sekarang.
 
Berapa kos langganan sistem ini dan bagaimana untuk mendaftar?

PERCUMA!! Semua kos ditanggung sepenuhnya oleh PIBG CBN ONE. Pendaftaran untuk langganan boleh dilakukan menerusi sekolah dengan mengisi borang pendaftaran yang disertakan bersama. Ibu bapa penjaga akan dimaklumkan menerusi SMS tentang pengaktifan sistem ini. 
 
Selain dari itu, apa lagi keistimewaan ditawarkan?
Ada banyak keistimewaan dan ganjaran yang disediakan buat semua yang melanggan sistem ini.  Antaranya :

BENGKEL-BENGKEL AKADEMIK – Pelajar berpeluang untuk menghadiri bengke-bengkel akademik yang dikendalikan oleh pakar peperiksaan dan guru cemerlang Kementerian Pelajaran Malaysia serta strategis minda.
CERAMAH MOTIVASI – Ibu bapa penjaga dan pelajar berpeluang untuk menyertai ceramah motivasi yang disampaikan oleh pakar-pakar motivasi tersohor.
PROGRAM DAN AKTIVITI CUTI SEKOLAH – Ibu bapa penjaga dan pelajar akan dimaklumkan dari masa ke semasa tentang aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan sepanjang musim cuti sekolah.

No comments:

Post a Comment