31 October 2009

Jejak Warisan 2-31 Oktober 2009



Sabtu, 31 Oktober 2009 : Dengan hanya kurang dari 80 orang murid  yang hadir, hari ini dipenuhi dengan aktiviti jejak warisan 2, yang memperkenalkan kepada murid-murid aktiviti-aktiviti yang diharapkan dapat memupuk nilai setiakawan antara mereka. Murid-murid telah dibahagikan kepada 7 kumpulan kecil dan mereka ini adalah gabungan murid Tahun 1 hingga 6.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah seperti Kapal Pecah, Nyanyian Berkumpulan, Bisik-bisik, Ikatan Kasih, Kukur Kelapa, Membersihkan Ikan Bilis, Gelung Berirama, Tarian Buluh dan Nenek Si Bongkok 3.

  
Aina dan Izalea sedang melaksanakan aktiviti bisik-bisik yang memerlukan daya ingatan yang kuat.
 
Murid sedang mencuba tarian buluh

untuk gambar-gambar yang lain, sila klik di sini untuk ke "Web Album".

No comments:

Post a Comment