02 November 2009

makluman terkini

SEPERTI YANG TELAH DIMAKLUMKAN DI PERHIMPUNAN RASMI PAGI INI

1. Program bersama NTV7 yang dijadualkan esok telah ditunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

2. 4 November(RABU) akan diadakan sesi bergambar mengikut kelas. Semua murid dikehendaki memakai baju seragam sekolah dan bukannya baju unit beruniform.

3. 5 November (KHAMIS) akan diadakan sambutan Hari Kanak-kanak, Hari Anugerah Kokurikulum dan Sambutan perayaan Muhibbah. Murid-murid dikehendaki membawa makanan untuk dijamu pada hari tersebut. Jenis makanan yang perlu dibawa bolehlah dibincangkan dengan guru kelas masing-masing.

4. Panitia Agama Islam akan menjalankan KEM SOLAT BISTARI untuk semua murid Tahun 1 hingga 3 yang beragama Islam pada 7 November ini.

5. Semua murid diminta bersedia untuk memulangkan buku teks seperti tarikh yang telah ditetapkan iaitu pada 16 November 2009. Buku-buku yang rosak atau  hilang perlu digantikan dengan buku-buku yang baru.

6. Penyertaan untuk lawatan ke Pantai Timur masih lagi dibuka kepada semua murid Tahap 2. Sila berhubung dengan PUan Hafsah untuk makluman lanjut.

No comments:

Post a Comment