05 September 2011

makluman cuti sekolah

5 September 2011

Ibu/Bapa/Penjaga Murid
SK Convent (1) Bukit Nanas
Kuala Lumpur

Dato'/Datin/Tuan/Puan

PEMBERITAHUAN CUTI SEKOLAH SEMPENA UPSR

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.     Pihak sekolah ingin memaklumkan tentang cuti sekolah sempena peperiksaan UPSR 2011. Ini adalah kerana pihak sekolah menghadapi masalah kekurangan bilik darjah dan sebahagiannya digunakan untuk dijadikan bilik peperiksaan UPSR.

3.     Perincian mengenai perkara tersebut adalah seperti berikut:

       a.  13-15 September 2011(Selasa-Khamis) : Semua murid Tahun 1 hingga 5 bercuti
       b. 16 September 2011 ( Jumaat) : Cuti Umum sempena Hari Malaysia

4.     Perhatian dan kerjasama Dato'/datin/Tuan/Puan dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

No comments:

Post a Comment