19 August 2011

PROGRAM JALINAN KASIH KE RUMAH SERI KENANGAN CHENG, MELAKA

Kepada
Ibu/Bapa/Penjaga

PROGRAM JALINAN KASIH KE RUMAH SERI KENANGAN CHENG, MELAKA

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa AJK Badan-badan Beruniform dengan kerjasama Panitia Pendidikan Sivik sekolah ini akan mengadakan Program Jalinan Kasih ke rumah-rumah orang-orang tua Seri Kenangan Cheng, Melaka bagi murid-murid Tahap Dua seperti butiran berikut :

   Tarikh : 8 Oktober 2011 ( Sabtu )
   Masa : 8.00 pagi - 8.30 malam
   Aktiviti : 1. Ceramaha bertajuk Jasa dan Pengorbanan Ibu Bapa
                 2. Persembahan oleh murid-murid
                 3. Ramah mesra bersama warga tua
                 4. Sumbangan cederahati kepada warga tua ( 240 orang )
                 5. Lawatan ke sekitar Bandar Hilir, Melaka

3.      Bayaran untuk program tersebut ialah sebanyak RM50 dan hendaklah dijelaskan secepat mungkin bersama-sama borang yang telah lengkap diisi ( borang boleh diperolehi dari Pn. Zuraharyati) .Tempat terhad kepada 65 orang murid terawal sahaja.

4.     Bayaran dan borang yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada Pn. Rosnita Ismail atau Pn. Zuraharyati Ibrahim.

5.     Kerjasama dan perhatian dari Dato'/Datin/Tuan/Puan amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment