30 September 2013

Amaran keselamatan / Security Alert:

Pada 13 September 2013, telah berlaku satu cubaan culik telah dilaporkan kepada pihak PDRM. Kes tersebut telah berlaku kepada seorang murid daripada Sekolah St John 1, lebih kurang pada jam 1:45pm ketika dia sedang berjalan menuju ke arah SK CBN 1. 

Dilaporkan bahawa ketika murid tersebut berjalan di siar kaki berbumbung ke arah SK CBN1, ada sebuah van berwarna perak (Silver) telah berhenti mengejut ditepinya sambil pintu van tersebut dibuka dengan cepat. Murid tersebut telah melihat seorang lelaki yang bertopeng muka cuba untuk mengambilnya lalu berlari ke arah pengawal keselamatan di hadapan bangunan AIA.

Penjenayah tersebut bergegas meninggalkan tempat kejadian setelah melihat perkara itu berlaku.

Oleh yang demikian, pihak Sekolah & PIBG menyeru agar semua pihak berwaspada terutamanya murid-murid semua.

Perkara ini sudah pun berada di bawah pemantaun pihak PDRM.

Sekian harap maklum.

No comments:

Post a Comment